AKTIVITI KHAS - MSI dan Ifthar
Perjumpaan bulanan (Multaqa Shahril) dan Ifthar Jama'i
19 Mei 2016, Masjid Taqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas P.Pinang
Keletihan bekerja dan kesibukan mengurus anak-anak tidak menjadi halangan kepada ikhwah dan akhawat untuk terus menghidupkan ifthar jama'i IKRAM SPU. Majlis dihidangkan dengan menu masakan dari rumah yang sangat menyelerakan. Ifthar yang meriah ini pasti menjadi kenangan semua. Tahniah kepada 80 orang lebih penyertaan ifthar jama'i kali ini.
Multaqa Shahril bermula pada jam 8.30 malam, dipengerusikan oleh akhi Yusmadi, bermula dengan bacaan quran diikuti dengan tazkirah oleh Ustaz Soid dan seterusnya sesi memperkenalkan AJK. Kemudiannya menyusul ucapan YDP dan KWD serta pengumuman aktiviti terdekat. Walaupun sebilangan kecil 25 orang sahaja yang dapat hadir MSI, ia tetap menjadi satu titik permulaan yang sangat baik untuk sesi baru ini.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Puasa sunat 3 hari @ 10 hari @ 15 hari Sebulan
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو قَالَ أُخْبِرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنِّي أَقُولُ وَاللَّهِ لَأَصُومَنَّ النَّهَارَ وَلَأَقُومَنَّ اللَّيْلَ مَا عِشْتُ فَقُلْتُ لَهُ قَدْ قُلْتُهُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي قَالَ فَإِنَّكَ لَا تَسْتَطِيعُ ذَلِكَ فَصُمْ وَأَفْطِرْ وَقُمْ وَنَمْ وَصُمْ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَإِنَّ الْحَسَنَةَ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا وَذَلِكَ مِثْلُ صِيَامِ الدَّهْرِ قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ قَالَ فَصُمْ يَوْمًا وَأَفْطِرْ يَوْمَيْنِ قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ قَالَ فَصُمْ يَوْمًا وَأَفْطِرْ يَوْمًا فَذَلِكَ صِيَامُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام وَهُوَ أَفْضَلُ الصِّيَامِ فَقُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ
'Abdullah bin 'Amru berkata kepada Rasulullah SAW : "Demi Allah, sungguh aku pasti akan berpuasa sepanjang hari dan sungguh aku pasti akan solat malam sepanjang hidupku". Aku katakan secara terus terang; "Demi bapak dan ibuku sebagai tebusannya, sungguh aku memang telah mengatakannya". Maka Nabi bersabda: "Sungguh kamu pasti tidak akan sanggup melaksanakannya. Akan tetapi berpuasalah dan berbukalah, solat malam dan tidurlah dan berpuasalah selama tiga hari dalam setiap bulan karena setiap kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan yang serupa, dan itu seperti puasa sepanjang tahun ". Aku katakan; "Sungguh aku mampu lebih dari itu". Nabi berssbda: "Kalau begitu puasalah sehari dan berbukalah selama dua hari". Aku katakan lagi: "Sungguh aku mampu yang lebih dari itu". Nabi bersabda: "Kalau begitu puasalah sehari dan berbukalah sehari, yang demikian itu adalah puasanya Nabi Allah Daud yang merupakan puasa yang paling utama.". Aku katakan lagi: "Sungguh aku mampu yang lebih dari itu". Maka baginda bersabda: "Tidak ada puasa yang lebih utama dari itu". (HR Bukhari No: 1840)
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menggalakkan kita untuk berpuasa sunat dan solat sunat malam namun ada bilangan tertentu untuk berpuasa sunat dan ada waktu tidur di waktu malam.
2. Berpuasa sunat 3 hari sebulan, menyamai orang yang berpuasa sunat sebulan kerana sehari dibalas dengan 10 kali ganda.
3. Jika ingin berpuasa lebih, boleh berpuasa sunat sehari dan berbuka dua hari (berpuasa 10 hari dan berbuka 20 hari sebulan).
4. Jika ingin berpuasa lebih, puasalah seperti puasa Nabi Daud , sehari berpuasa, sehari berbuka (berpuasa 15 hari, berbuka 15 hari sebulan).
5. Tiada puasa yang lebih utama dari puasa yang ditunjukkan oleh Rasulullah ini.
Marilah kita usahakan puasa sunat, 3 hari sebulan atau sehari berpuasa, dua hari berbuka (10 hari )
****

Comments
Post a Comment