HALAQAH QASEH SIRI 5 - Masih adakah Khadijah?
Keberkatan Majlis Halaqah Qaseh Masjid Abdullah Fahim
Orang ramai sangat teruja dengan hebahan ceramah “Masih adakah Khadijah” Halaqah Qaseh Siri 5 oleh ustazah Maznah Daud, tetamu radio IKIM FM pada hari ahad 15 Mac 2016 di Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, Seberang Perai utara. Program ini adalah anjuran bersama Wanita IKRAM Daerah S.Perai Utara dan Biro Muslimat Masjid Abdullah Fahim.
Penantian benar-benar tidak menghampakan dengan sajian sirah ummul mukminin saidatina khadijah binti khuwailid, isteri pertama rasulullah yang sangat dicintainya.
Gelaran “At Thohirah” (wanita suci) untuk khadijah r.a. seakan menterjemahkan maksud sebuah hadis riwayat Muslim “sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”. Keunggulan Saidatina Khadijah r.a terbukti selaku insan pertama yang beriman kepada seruan rasulullah saw bersama pengorbanan jiwa, harta dan segala yang dimiliki untuk Islam. Ketokohan Saidatina Khadijah r.a terserlah dalam kebijaksanaannya mengurus perniagaan dan ketinggian budi pekertinya dalam pergaulan. Sewajarnya insan istimewa ini menjadi idola semua wanita dahulu dan kini.
Kehadiran sebilangan besar muslimat dari golongan yang memerlukan bantuan telah menambah seri keberkatan majlis. Di akhir program seramai 40 orang telah menerima sumbangan barang dan wang tunai yang dikumpulkan melalui sumbangan masjid dan orang ramai. Mereka juga telah diraikan dengan jamuan makan tengahari. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh pegawai Pejabat Agama Daerah, pegawai Masjid Abdullah Fahim dan Timbalan Yang Dipertua IKRAM S.Perai Utara.
Siri Halaqah Qaseh yang bermula dengan Siri 1 pada 15 Ogos 2015 dengan izin Allah SWT dilaksanakan setiap dua bulan sekali. Objektif program ini untuk mendidik wanita melaksanakan tanggungjawab mengikut syariat Islam. Tajuk-tajuk yang telah dibentangkan ialah Putera Puteriku Ahli Syurga, Petua Mukminah Menuju Jannah, Inspirasi Wanita Muda, Keajaiban Al Quran dan yang terkini Masih Adakah Khadijah.
Adalah menjadi harapan penganjur untuk memberi kefahaman Islam yang jelas supaya kaum wanita berilmu dan bijak membuat keputusan mengikut syariat Islam demi kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Liputan akhbar Sinar Harian untuk program Halaqah Masjid Siri 5 di Masjid Abdullah Fahim
JAWATANKUASA |
NAMA |
Penasihat/T Penasihat
|
YDP IKRAM SPU/ KWD IKRAM SPU, KETUA BIRO MUSLIMAT MAF
|
Pengerusi /T Pengerusi
|
Saliza bt Zainol/ Hamidah bt Abdullah
|
Setiausaha/N
Setiausaha
|
Dr Salwati
bt Yaakub/Saripah bt Yaakob
|
Bendahari
|
Zaliza bt Mohd Isa
|
Makanan/Minuman
|
Azizah bt
Akob, Noor Ariza bt Dahaman, Zuraida
|
Pendaftaran
|
Nik
Rafidah bt Nik Abdul Rahman, Norzi bt Abdul Khadir, Siti Rabikah bt Ahmad
|
Banner
|
Zaiton bt
Abdullah
|
Kad
Jemputan
|
Hartini bt
Saidin
|
Facebook
WA Fahim
|
Wan
Zuhaizah
|
Hebahan
Radio
|
Sharlina
bt Ahmad
|
Pengurusan
Pemberian Sumbangan
|
Najihah bt
Yusof, Norhayati Sidiqah bt Abu Bakar,
Wan Zuhaizah. Siti Rabikah bt Ahmad, Azizah bt Akob, Hamidah bt
Abdullah , Norzi bt Abdul Khadir, Saripah bt Yaakob
|
Surat
Sumbangan
|
Zaiton bt
Abdullah
|
Penceramah
|
Dr Salwati
bt Yaakub
|
Penyambut
Tetamu
|
Wan
Zuhaizah ., Zaiton bt Abdullah, Norhayati Sidiqah bt Abu Bakar, Saliza bt
Zainol
|
Persiapan
Tempat dan Kebersihan
|
Norzaini bt Saharee, Nurul Hidayah bt Ismail
|
Mc Majlis
|
Najihah bt
Yusof, Saliza bt Zainol
|
PA System
|
Sumayah bt
Abdullah, Hazwani, Hazirah bt Ishak
|
Kad Aturcara
|
Nik
Rafidah bt Nik Abdul Rahman
|
Brosur
|
Jamiantun
Nadwa bt Atak@ Ismail, Nurul Hidayah
bt Ismail
|
Tadabbur
|
Nafis
Izzati bt Ramli, Zaliza bt Zakaria, Atifah bt Md Ali
|
Edaran Kad
Jemputan
|
Saripah bt
Yaakob, Siti Rabikah bt Ahmad,
|







Comments
Post a Comment