HALAQAH QASEH SIRI 2 - Petua Mukminah Menuju Jannah



Kefahaman tentang batasan aurat yang jelas dan tatacara pergaulan yang baik adalah perkara-perkara penting yang ditegaskan dalam penyampaian "Petua Mukminah Menuju Jannah".
Sudah tentu kunci kesejahteraan terletak kepada kesolehan wanita dalam  keluarga dan masyarakat.

BATAS AURAT WANITA MENURUT ULAMA’ MAZHAB:


Antara batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa mazhab ialah;
1. Di hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh. Maksudnya semua termasuk rambutnya, mukanya, kedua tapak tangannya zahir dan batinnya juga kedua tapak kakinya. Hukum ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (HR Al-Bazar dan At-Tirmizi).
2. Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita Islam yang baik akhlaknya, batas auratnya adalah antara pusat hingga lutut. Walau bagaimanapun, bagi menjaga adab serta memperhalusi akhklak ketika berhadapan dengan lelaki yang mahramnya, eloklah wanita itu menjaga dan menutup auratnya yang selain dari pusat hingga lutut agar tidak menimbulkan ghairah kepada lelaki walaupun darjatnya mahram dengannya. Lebih-lebih lagi ditakuti akan timbul fitnah, kes sumbang mahram dan lain-lain.
3. Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah akhlaknya, aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali anggota yang zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku sahaja dan dua tapak kakinya. Selain itu adalah diharamkan membukanya.



Ikhtilat

Definisi: 
Percampuran lelaki dan wanita secara fizikal atau maya.

HUKUM: 
 Hukum asal percampuran lelaki dan perempuan adalah haram,     
 namun diharuskan dalam beberapa keadaan berdasarkan pendapat
 ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

APA YANG MENGHARUSKAN:

1. Dalam keadaan terpaksa    (Darurat):- menyelamatkan dari keburukan yang     
    lebih besar seperti kehilangan nyawa atau keadaan bahaya dan lain-lain.

 2. Dalam keadaan keperluan (hajat):
     Dalam gerak kerja, pembelajaran, kerja  kehakiman, jual beli, dan perkara
     amar makruf nahi mungkar. 

SYARAT DAN ADAB IKHTILAT

 -Niat kerana Allah,
   matlamat untuk perkara diharuskan sahaja

 -Tidak bersentuhan, menutup  aurat, menjaga adab bercakap, dan tidak berdua-duaan.

Moderator Ustazah Siti Zubaidah Mohd bersama
 ahli panel Ustazah Saliza Zainol dan
Ustazah Nurul Hidayah Ismail



Program "I am beautiful" adalah program selari untuk
untuk anak-anak remaja puteri. 
Peserta-peserta "I am Beautiful"

Persembahan Fesyen turut menyerikan
Halaqah Qaseh Siri 2

Sebuah jawatankuasa bersama antara wanita IKRAM SPU
Biro Muslimat MAF berjaya dibentuk
selepas Halaqah Qaseh Siri 2.

***

Comments

Popular posts from this blog

PETA STRATEGIK - Visi dan Misi IKRAM

EKSPLORASI IKRAM JUNIOR