PENGENALAN SETINTA TULISAN...



Blog ini untuk perkongsian sedikit aktiviti penulis, moga-moga bermanfaat untuk yang memerlukannya.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wanita IKRAM Daerah S.Perai Utara adalah sayap wanita kepada IKRAM daerah SPU.
Mesyuarat Agung diadakan setiap tahun dan pemilihan jawatankuasa dibuat dua tahun sekali.

Firman Allah s.w.t.:
“Ya Tuhan Kami, berilah keputusan Antara kami dan kaum kami
dengan baik (adil). Engkaulah pemberi keputusan yang terbaik”.
(Surah Al-A’raaf: 89)

Berikut adalah petikan tulisan dari risalah Tarbiatuna 01 terbitan IKRAM pusat.

NIAT IKHLAS DAN TUJUAN MURNI

Sesungguhnya Ikhlas kerana Allah dalam perkataan dan perbuatan, dalam sembunyi dan terang adalah di antara perkara yang sangat penting yang perlu melazimi seorang Dai yang benar di atas jalan dakwah.Kerana Allah swt tidak menerima perkataan dan perbuatan melainkan yang dibuat ikhlas untuk mendapatkan redha Allah swt.
“Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab (al-Quran) kepadamu (Muhammad) dengan (membawa) kebenaran.
Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepadaNya. Ingatlah! Hanya milik Allah agama yang murni (dari syirik) …” (az-Zumar :2-3).Dan kerana kepentingan ikhlas inilah Imam al-Banna meletakkannya sebagai salah satu rukun dakwah yang paling penting dengan berkata : “Apa yang saya maksudkan dengan Ikhlas ialah saudara muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredhaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan akidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi. (Risalah Taalim).Yang demikian itu disebabkan riya (syirik yang tersembunyi) adalah penyakit
yang merbahaya dan kejahatan yang meracun yang berpunca dari tuntutan nafsu dan was-was syaitan. Ia adalah penyakit yang paling merbahaya kerana ianya menggerakkan perasaan individu dan mengarahkan kehendak dan Kecenderungannya sehinggalah akhirnya merosakkan perjalanan dan mensia-siakan amal dan menghilangkan pahala. Walaupun dengan banyaknya amal dan luasnya pergerakan, akan tetapi dengan tiada keikhlasan, amal tersebut kan hilang dan rugi.
Rasulullahsaw telah bersabda kepada Muaz bin Jabal : “Ikhlaskanlah amalmu, Amalmu yang sedikit
itu pasti akan diganjari”  Oleh kerana itu, hati akan bahagia dan tenang selepas setiap usaha yang ikhlas.

Bertambahlah kehidupan,hidayah dan taqwa.

“Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah akan menambahkan petunjuk kepada mereka dan menganugerahi ketaqwaan mereka.” (Muhammad : 17).
Marilah kita sama-sama menyebut syiar kita (Allahughayatuna – Allah matlamat kami) kerananya engan keikhlasan akan menurunkan keberkatan demi keberkatan,merealisasikan kemenangan demi kemenangan, dan menyebarluaskan kebaikan dan mengurangkan kekecewaan.
“Sesungguhnya akan terseleweng atau tergelincirlah orang yang tidak ikhlas.” Dari sini, wajiblah kepada setiap Dai untuk memerhatikan hati mereka dan sering bertanya kepada diri mereka sebelum setiap amal serta bermujahadah ketika beramal sehinggalah selesai, tanpa membuka sedikit pun ruang untuk kepentingan diri, hawa nafsu, perasaan untuk dikenali dan diperakui dikalangan manusia. Semua itu adalah keinginan yang keji dan ganjaran yang sangat sedikit.
Semoga Allah memberikan kita semua rezeki untuk ikhlas dan memurnikan tujuan.


SENARAI JAWATANKUASA WANITA DAERAH SPU Sesi 2016-2018
Ketua Wanita
Pn Zaiton @ Zariyah bt Abdullah
Timb Ketua Wanita
Ustazah Najihah bt Md Yusuf
Setiausaha
Pn Nik Rafidah bt Nik Abdul Rahman
Pen. Setiausaha
Pn Noryafizatul Izwa bt Shahrom
Setiausaha
Pn Zaliza bt Mohamad Isa
AJK
Ustazah Saliza bt Zainol
Pn Hartini bt Saidin

****


Comments

Popular posts from this blog

PETA STRATEGIK - Visi dan Misi IKRAM

EKSPLORASI IKRAM JUNIOR