HALAQAH QASEH SIRI 4 - Keajaiban Al-Quran
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
(Fussilat 41:53)
“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.” (Yusuf:111)
Antara yang menarik dalam penyampaian
Hidupan Berasal Daripada Air ?
“Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar.”
(Fussilat : 53)
Dalam surah al-Anbiya" ayat 30 Allah berfirman,
"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".
Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu, kemudian dipisahkan antara kedua-duanya. Hal ini adalah selari dengan kejadian BIg Bang yang berlaku lebih kurang 14 bilion tahun dahulu. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan. Tanpanya hidupan tidak wujud sama sekali.
Api di dalam laut?
Baru-baru ini Discovery mempublikasikan video yang berisi munculnya sebuah fenomena retakan di dasar lautan yang mengeluarkan lava. Lava ini menyebabkan air mendidih hingga suhunya lebih dari seribu derajat celcius. Meskipun suhu lava tersebut luar biasa tingginya, ia tidak bisa membuat air laut menguap, dan walaupun air laut ini berlimpah-luah, ia tidak bisa memadamkan api.
Allah berfirman dengan fenomena yang luar biasa ini, yang artinya: "Ada laut yang di dalam tanahnya ada api," (QS. Ath-Thur ayat 6).
Ciptaan manusia
Setelah janin terbentuk, Allah meniupkan roh dan mengurniakan pancaindera kepada janin tersebut bermula dengan telinga, diikuti dengan mata dan akhirnya otak.
“Kemudian Dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan Dia menjadikan kepadanya pendengaran, penglihatan dan akal tetapi sedikit sekali kamu bersyukur. ”
(As-Sajdah:9)
Pengerusi majlis Halaqah Qaseh Siri 4 - Pn Hajah Mardiana Abd Rahim
Dr Laila Murni Abd Kadir sedang membuat
persediaan akhir sebelum penyampaian.
Suasana hadirin dalam dewan syarahan Masjid Abdullah Fahim
Program anak-anak yang turut diadakan
untuk santuni anak-anak peserta Halaqah Qaseh.
Aktiviti "We Play We Learn and We Explore"
Majlis jamuan mesra
meraikan tetamu khas yang mewakili persatuan, institusi dan masjid di akhir program.
***










Comments
Post a Comment