Rehlah Merdeka Robina Park
Seronok sekali apabila akhawat dapat berjumpa, berbual, bermain sambil menikmati hidangan santai "Potluck" semasa aktiviti rehlah 31 Ogos baru-baru ini.
Itulah kehidupan, ia perlu kepada resipi aneka rasa untuk menyediakan hidangan menarik kepada semua orang. IKRAM tidak hanya menyediakan majlis ilmu seperti yang lazimnya ada pada usrah dan daurah, tetapi juga menggalakkan suasana interaksi yang sihat seperti rehlah, riadhah dan jaulah.
Bermula 8.30pagi ahli telah mula hadir, berjalan 'jogging pantai' sebelum jam 9.30pagi program dibuka dgn ucapan aluan oleh TYDP akhi Yusmadi. Aktiviti seterusnya "memanaskan badan", sedikit taklimat oleh ustaz Norzalan, menikmati sarapan, permainan anak-anak, permainan dewasa, penyampaian hadiah dan penutup. Sekitar jam 12:30 tengahari peserta rehlah bersurai.
-tamat-








Comments
Post a Comment