HALAQAH QASEH SIRI 6 - Harta Ini Milik Siapa?
Bertempat di Masjid Abdullah Fahim, pada 7 Ogos 2016, sekali lagi majlis Halaqah Qaseh mempertemukan mereka yang mencintai keimarahan masjid, dahagakan ilmu dan mereka yang berterusan tetap dalam pasukan melaksanakan islah bersama.
Ustazah Saliza Zainol telah mengalu-alukan kehadiran semua peserta dan menjemput Ustazah Khadijah Mohd untuk mempengerusikan majlis. Alunan ayat-ayat suci Al Quran oleh Pn Hartini Saidin memenuhi suasana damai pagi dalam masjid yang dirahmati Allah SWT.
Penampilan Professor Madya Dr Normi binti Abdul Malik selaku penceramah utama benar-benar tidak mengahampakan peserta. Kesudian beliau hadir memberi laluan kepada program kami diserikan lagi dengan kehadiran pengisiannya yang padat dan bersemangat. Pensyarah UIA ini amat bersungguh dalam penyampaiannya.
Di sebalik wajah lembut, petah berbicara, Dr Normi mengupas asas Hukum Faraid dan Asal Usul sebutan Harta Sepencarian di Malaysia.
Beliau seterusnya menceritakan apa,siapa dan bagaimana proses pemilikan seorang muslimah yang wajar difahami dan diikuti.
Majlis tamat sekitar jam 11:30 pagi. Semua peserta mendapat ole-ele nasi lemak dan kueh sebelum beredar pulang. Sebuah jamuan khas dan sesi bergambar khas barisan jawatankuasa Masjid dan IKRAM dengan mesranya menutup tirai Halaqh Qaseh 6 tahun 2016. Jazakallah khair dan tahniah kepada semua.
Puan Hartini membaca ayat al Quran membuka majlis.
Ustazah Khadijah Mohd mempengerusikan majlis
kelihatan bersama Dr Normi sepanjang program
kelihatan bersama Dr Normi sepanjang program
Dr Normi yang bersabar melayani soalan di akhir program
Kredit khas kepada barisan urusetia yang setia harmoni bersama sehingga siri Halaqah Qaseh 6.








Comments
Post a Comment