TAZKIAH UG SYABAN 1437
Salam 27 syaban 1437... tinggal beberapa hari lagi tiba ke Ramadhan Mubarak!
Setiap amalan biar berkualiti, yang dibuat bersungguh-sungguh. Kehadiran kita biar mengesankan bukan umpama melukut ditepi gantang. Jadilah pencipta sejarah yang dikenang tinggalan baiknya.
Dalam HIMPUNAN RISALAH BUAT PEMUDA
ISLAM: WAHAI PEMUDA, Imam Syahid Hassan Al-Banna, menyatakan:
Sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciriciri utama pemuda.
Usrah Gabungan semalam, Khamis 2 Jun 2016, 9;00 malam telah mendapat sedikit sentuhan dan peringatan untuk kita kembali berada di landasan yang benar bersama misi dan misi jamaah. Setidak-tidaknya ia membuka pelung berjumpa sahabat memeriahkan kembali ukhuwah disamping berkongsi pengisian kepimpinan yang mengesankan.
HIKMAH DIJULANG, HAMASAH DIGENGGAM, NEGARA RAHMAH KITA TEGAKKAN
Berikan yang terbaik untuk mencapai Visi IKRAM iaitu menjadikan Malaysia Negara Rahmah.
Kita boleh mencontohi Ibu Wiriang Ningsih yang memegang peranan besar untuk dakwah di Indonesia, pada masa yang sama berjaya mendidik 10 dari 11 anaknya telah menjadi hafiz. Wanita adalah cermin kepada peradaban sesuatu ummah. Baik negara kerana baik wanitanya.
Lihatlah sahabiah yang belajar dan mengajar, mendidik keluarga mendidik masyarakat. Jadilah murabbiah untuk lebih menghayati jihad dan dakwah.
Wanita dan lelaki saling berbeza namun saling melengkapkan, membina kelangsungan dakwah yang seimbang.
Hadamkan maksud rabbani yang mengadun didikan dan rahmat seterusnya membawa kesejahteraan kepada kehidupan semua.
Tahap ukhuwah yang paling rendah ialah bersangka baik dan berlapang dada manakala tahap ukhuwah yang paling tinggi adalah itsar iaitu mendahului orang lain dari diri sendiri.
Setiap amalan biar berkualiti, yang dibuat bersungguh-sungguh. Kehadiran kita biar mengesankan bukan umpama melukut ditepi gantang. Jadilah pencipta sejarah yang dikenang tinggalan baiknya.
Perkongsian oleh Pn Mardiana Abd Rahim
Sedikit jamuan masakan kak Zah untuk yang hadir,13 orang.
*****


Comments
Post a Comment