SALAM RAMADHAN KAREEM 1437 HIJRAH
Hari ini rabu 24 Ramadhan, hanya tinggal beberapa hari lagi bulan istimewa yang penuh maghfirah dan rahmah Allah, bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh keberkatan ini tiada tara ukuran ketinggian darjatnya. Tiada terungkapkan kemanisan, keindahannya.
Sedikit perkogsian amal dirakamkan disini untuk akhawat ikram
Pastinya Ramadhan menggamit kenangan manis bersama sahabat yang ditimpa ujian. Program Ziarah Mahabbah telah dibuat pada 17 Ramadhan 1437.
Usrah sebagai nadi jamaah tidak diabaikan, pada 19 dan 25 Jun Gabungan Liqa' Usrah Akhawat telah berjaya diadakan.
Pembukaan kedai sementara inisiatif ikram negeri untuk pengumpulan sumbangan ramadhan di Mydin Bertam telah memudahkan lagi urusan Program bingkisan Ramadhan ikram SPU.
Sempena program bingkisan ramadhan akhawat ikram telah secara terus ziarah dan menyampaikan sumbangan ke rumah di kawasan Taman Bertam, Taman Pokok Sena, Ara Rendang, Tasik Gelugur, Kubang Menerong, Sungai Dua dan Kg Banggol. Barangan sumbangan ialah keperluan asas seperti beras, gula, kopi, garam dan minyak. Penerima juga turut diberi saguhati RM50 tunai seorang.
Tahniah kepada semua dermawan dan sukarelawan.!!
Ifthar Jama'i SPU pada bulan ini diadakan bersama ifthar Masjid Taman Bertam Indah. Meskipun jamuan nasi kurang mencukupi kerana bilangan yang ramai melebihi 300 orang, peserta tetap dapat juga dapat menikmati jamuan juadah berbuka seperti kuew teow.
Ziarah mahabbah bersama Ukhti Hjh Farihah
Ziarah Mahabbah bersama Ukhti Ustazah Zawiyah
Usrah Gabungan 2 - bertadarrus di masjid taqwa bertam indah
25 Jun 2016, 11 pagi.
Ramadhan Usrah Gabungan 1 - Tazkirah Ramadhan oleh Ukhti Norhayati Siddikah
di Bilik Mesyuarat Sek Tahfiz Al Islah, 19 Jun 2016, 9 pagi.
Pandangan hadapan Kedai ibantu Mydin Bertam, Ramadhan 1437
Barang dari kedai ibantu Mydin sedia untuk dibawa
kepada penerima sumbangan bingkisan ramadhan SPU
Bingkisan Ramadhan di Ara Rendang
Bingkisan Ramadhan di Taman Pokok Sena
Bingkisan Ramadhan di Sg Dua
Bingkisan Ramadhan di Kg Kubang Menerong
28 Jun 2016.
Di hari-hari terakhir ramadhan kami sempat menziarahi mangsa rumah terbakar dan keluarga kurang upaya. Begitulah rezeki Allah sampai kepada yang dikehendaki-NYA.











Comments
Post a Comment